

|
|
DUHAI SAHABAT
Saturday, September 15, 2012 | 3:13 AM | 0 Hearts
SAHABAT SELAMANYA
Khas buat sahabat-sahabatku :D
Lima ekor anak ikan,
hanyut seekor tinggal empat,
salam ku hulur tanda ingatan,
moga terhibur duhai sahabat,
Awan putih dilangit biru,
burung camar berlegar-legar,
kerana kasih kita bertemu,
moga kekal terus bersinar,
Rumah api teguh di tanjung,
jadi panduan kapal di laut,
dua hati kukuh di sambung,
persahabatan kuat memamut,
Empat perahu tersusun rapi,
lama berlabuh tiada bantuan,
bila bertemu senang di hati,
saat berjauh rindu rinduan,
Bayu laut menyapa pipi,
pohon nyiur bagai melambai,
wajah seraut terbayang kini,
rindu berbaur kasih tersemai,
Budak-budak main air,
simbah menyimbah bersuka suka,
diri hendak berada hampir,
berkongsi kisah suka dan duka,
Berbuih buih air dikocak,
mula jernih menjadi keruh,
berkasih kasih semua hendak,
jerih perih harus ditempuh,
Kapal layar ditengah laut,
ditiup angin sampai kepantai,
jangan dibiar luka memaut,
aku ingin jadi pendamai,
Naik kapal pergi seberang,
kapal berlabuh pulau satu,
rasa janggal datang bersarang,
hairan sungguh tidak ku tahu,
Indah hari mentari bersinar,
ramai orang bermandi manda,
dalam hati seperti bercalar,
bila jarang bersua muka,
Laut luas biru airnya,
cantik pasir halus memutih,
sudah puas aku bertanya,
menagapa hadir rasa merintih,
Awan berbalam nampak memutih,
angin menderu awan pun hilang,
hati di dalam bagai merintih,
mungkin rindu datang bertandang,
Tapak sulaiman lima bucu,
nampak kaku tapi hidupan,
kita berkawan bukan baru,
apa terbuku sama luahkan,
Cengkerang siput dikutip orang,
buat hiasan di dalam rumah,
tiada luput kasih dan sayang,
kerana Tuhan budi dicurah,
Bunyi ombak menderu deru,
memukul pantai tanpa berhenti,
bukan hendak mengadu ngadu,
hanya menyampai rasa hati,
Istana pasir di tepi pantai,
runtuh rata dilanda ombak,
dikau hadir membawa damai,
walau sengketa kadang mendesak,
Bendera putih diatas menara,
berkibar kibar di tiup angin,
kerana kasih kita bersama,
percaya sabar jadi pemimpin,
Anak ketam jalan mengiring,
jalan mengiring berpasang pasang,
ingin teman sama seiring,
sama seiring bersusah senang,
Arus disekat pantai berbatu,
pantai barat dilanda gelora,
moga selamat bahagia hidupmu,
penuh berkat Allah taala,
" buat sahabat handai jauh dekat , lama dan baru"
|